Assalammualaikaum.... Alhamdulillah dapat juga kesempatan untuk mengemaskini blog saya. InshyaAllah kali ini saya mahu berkongsikan pengalaman-pengalaman yang diperoleh semasa saya dan beberapa orang sahabat iaitu Muhammad dan Dhuha. Alhamdulillah pada awalnya perjalanan kami agak lambat tetapi dengan izin Allah ,Allah memudahkan perjalanan kami untuk menuju ke taman-taman syurga Allah. Inilah antara gambar-gambar yang boleh dikongsikan bersama kalian agar menjadi penaik semangat untuk menghadiri majlis ilmu....inshyaAllah
Ketika menunggu KTM diseremban selepas Solat Jumaat
Muhammad ketika sampai di pintu Masuk masjid
Sebelum Maghrib keadaan masjid Muaz bin Jabal ...MashyaAllah sudah penuh dengan hamba-hamba Allah yang cintakan majlis ilmu
Masih menunggu ketibaan para Habaib serta orang yang paling istimewa pada hari itu ialah Habib Umar Bin Salim Al Hafidz
Jadi perjalanan demi perjalanan yang telah dilalui oleh kami dan Alhamdulillah..Hajat untuk ke masjid ini termakbul oleh Allah dan dihadiri oleh insan yang mulia Habib Umar bin Salam Al hafidz...Ingat lah akan pesan Rasulullah bahawa orang yang menuntut ilmu itu Allah akan permudahkan jalannya kesyurga.. Bagilah kami kesempatan untuk hadir lagi ke taman-taman syurga - MU.insyaAllah..Allahumma Aminnn








